Thursday 24 January 2013

MAULIDURRASUL

ada juga waktu yang tiada selera untuk menulis...
apa pun salam maulidurrasul ..buat semua.
KHAMIS 12 RABIUL AWAL~24/1/12
~JOM IKUT SUNNAH~

Friday 18 January 2013

ORANG BAIK MASUK SYURGA

NAK ANAK2 JADI BAIK
BERMULA DARI IBU BAPA JADI BAIK.
NAK SUAMI KITA JADI BAIK
MULA DARI KITA
SI ISTERI JADI BAIK.
BEGITULAH JUGA KALAU NAK ISTERI JADI BAIK
SI SUAMI KENE JADI BAIK..
ALLAH TAHU KITA BERUSAHA UNTUK JADI BAIK..
KALAU KITA ARAH.,SURUH,.MARAH ORG SEKELILING KITA JADI BAIK
SEDANGKAN KITA SENDIRI TAK USAHA JADI BAIK...
MAKA TIDAK AKAN ADA APA BERLAKU UNTUK KEARAH PERUBAHAN KEBAIKAN
UNTUK SESEBUAH KELUARGA.
BANYAKAN SELAWAT
BANYAKAN ZIKRULLAH.
NAIK SOLAT JEMAAH
BUAT SOLAT TAUBAT SEBANYAK MUNGKIN
BACA QURAN.
PUASA SUNAT
BUANG SIKAP PEMARAH..
BUANG EGO..
JADI SEORANG YANG LEMBUT TINGKAHLAKU
JAUH SIFAT KASAR DAN GOPOH
JAUHI SIFAT MALAS
.TIRU SIFAT NABI DALAM HIDUP.
 MOGA TERGOLONG DALAM GOLONGAN
"ORANG BAIK MASUK SYURGA"
INSYAALLAH AMEEN.




RISAU

selamat pagi yang ceria
hari ni hari sabtu..
baby aku awal pagi dah bangun
alhmdullilah dia dh x meragam.
malam pun tidur
hari ni dah masuk hari ke 42
cuma yang agak aku risaukan
baby aku dah 5 hari tak bbuang air besau..
petang smalam dah ke klinik..
dr cek2 perut dia lembut.
dan nampak tak de masaalah.
cuma dr nampak kuning dia masih ada.
tak pelah untuk kuning tu nanti 22/1/
ni ada epoiment ngan dr banting.
dah ke klinik smalam..hati ni tak lah risau sgt.
aku rasa kalau ada anugerah ibu paling risau ..
akulah orgnye..
hai sakit sungguh..
harapnye x de papelah...




Thursday 17 January 2013

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

tgh2 basuh pinggan tiba2 sebak..
tak tahulah kenape perasaan tu tiba2 datang..
selalunya bila datang perasaan negetif aku cuba mengpositifkan..
tapi ntahla...
ada rasa..
aku je slalu mngalah ...
untuk kehidupan..
spatutnya tidak ada ayat2 ini...
sbb ianya akan melonggarkan nilai taqwa kita...
mungkin inilah iman org awam..yang
ada turun naik..
kalau naik pun tak tinggi...
aku selalu pujuk hati .
biarlah org buat jahat pada kita
sakitkan hati kita
tak balas kebaikan kita
sisihkan kita
pandang kita low klas...
tak endahkan kita..
smpai aku tnya
x layakah aku terima kebaikan dari manusia......
ada perasaaan yang menjeruk hati ini...
namun ku cuba senyum dalam kepahitan.
bnyk lagi perkara ..y x mmpu aku coretkan.
hanya  sekadar meluahkn melepaskan sedikit kepiluan.

p/s rase cam mnyampah x yah baca,

tengah praktis:
Balas kejahatan dengan KEBAIKAN


Saturday 5 January 2013

MAMA LOVE U...


4.00 ptg sabtu...5/1/13
hari ni semua tak ade kat rumah
abg ada prgram di shah alam..
program seminar ahli majlis
ngah ngan nim pun kluar bawk
haifa & athirah jalan ka
rakan bergosip a.k.a. adik2 pun x de ..sorang kluar dengan patner bisnes ..
sorang lagi harini x datang..cuma kol je..
maklumlah org berbadan dua...
tapi tadi dia kol..katanya :
aku dah masak ,,
masak nasik ,sayur bayam..
lauk?
lupa lak nak cerita dia masak lauk apa..
cuma yang pasti nya dia dah beransur kearah semakin boleh melantak...
alahan mabuknya dah hilang..alhamdullilah.
JADI
semuanya x dekat rumah ...tinggallah aku bersama...irfan.
IRFAN???
alhamdullilah...
t.kasih ALLAH atas anugerah yang kau pinjamkan buat sementara buat diri ini...
aku hamba yang lemah memohon bantuan mu dalam mengalas mendidik amanah mu...
tidak mampu aku   memikulnya seorg diri tanpa bantuan MU...
irfan dan hampir sebulan bersamaku....di dunia..
di lahirkan pada 8/12/12
sangatt cumell..
buat aku sentiasa tersenyum..
sejak kehadiran anak kecil .maka bertambahlah alunan zikir setiap hari..
itulah hikmahnya ada anak kecil...
selepas satu zikir ke satu zikir ..untuk menidurkannya.
aku sentiasa berdoa agar dia sehat sentiasa...
walau pun jauh di sudut hati ..sentiasa bimbang ..sbb masaalah kuning masih lagi ada.
aku serah segala nya pada ALLAH..
semoga manja mama jadi anak yang soleh ...dan mendapat keturunan yang soleh.
MAMA love IRFAN~


Saturday 15 December 2012

andai dapat di anugerahkan suami yang soleh .
..akan ku anugerahkan buat suamiku yang tercinta......
ya ALLAH kau peliharalah dia ...walau di mana dia berada ...permudahkan segala urusannya..berilah kesehatan buatnya....jadikanlah dia hamba yang sentiasa mentaati perintah mu.....


kek kukus buah...

kek buah kukus bahan2:
 1 ketul buttercup
 2 1/2 cwn tepung gandum
 3/4 tin susu pekat manis
1 sb baking tar-tar
1 kotak fruit mix
1 sb soda bikarbonat
 3/4 cwn air kosong
1 sb asin vanila
 2 biji limau sunquit

 cara2nya: campur butter, susu, fruit mix & air ke dlm periuk &masak sebentar atas api kecil shingga larut,tggu shingga suam. sediakn tepung y tlh dicampur dgn soda&tar-tar lalu di campur dgn campurn tadi. gaul shingga rata. campurkn jus limau (perahan sunquit), asin vanila. gaul shingga rata. masukn dalam loyang,sblm 2 lapik loyang dgn kertas minyak. smasa mgukus tutup acuan dgn kertas minyak@aluminium foil. kukus slama 3 jam.