Thursday 22 November 2012

2071

ni air ECPI ..
bukan mineral,air mineral kat luar encik..kata penjual sambil menunjuk tmpat jualan mineral water ..
kepada seorg pakcik tua..di koprasi hospital klang..
aku memerhatikan saje
sambil menanti kak su,mengambil biskut rokky..
2071
skrg 2022 ..alamak jauh lagi no tu..
kak su jom kita g kantin dululah..
jom lah mama, sahut kak su..
dia banyak kali teman aku ke hospital klang..
tolong pegang beg..
tolong bayarkan di kaunter ..
banyak kak su yang bantu..alhmdullilah .ALLAH hantar kak su untuk aku.
ye lah ..aku kene faham ..bila suamiku sebok mncari rezeki untuk keluarga.
DI KANTIN...
nak makan apa ye..?
nampak kak su cedok nasi goreng dan mihun..
cafe nya cantik bersih ..makanannya pun banyak pilihan..
cuma ..mknan yang ksksu ambil pagi ni tak berapa sedap ..mungkin aku yang kurang selera makan sejak2 akhir kehamilan ini..
sayur sawi kecik kontot tu jadi pilihanku dan bebola ikan,tu saje yang aku ambil untuk sarapan pagi ku.
di satu sudut aku nampak sesorang yang aku kenali..
kak su pun nampak.
mama..tu kawan mama.
ye kak rasyimah ..
tapi dia buat apa kat hospital..dia di temani 2 orng anaknya.
selesai makan aku skali lagi ke tempat pemiihan makanan..
emm..nak bli apa ye tuk kak rasyimah..detiik hati.
jelly kelapa ..oklah..kot..
selesai mbayar ,terus kemeja kak shima.
salam,smbil bg jelly klapa ..
kata kak shima ,anaknya hadapi masalh tulang belangkang bengkok..
dari kecik.
.aku tak soal banyak..cuma doakan semoga ..masaalh kak shimma selesai.
2071
bilik 24..
jumpa doktor
selamat pagi ibu..sapa doktor.
baik doktor..baby gerak ok??
ok doktor...
smbil2 tgok keputusan BSP yang terbaru ...
wah cantik ...
ok ibu...DU ibu spatutnya 20/12/12
tapi di sebabkan ibu ada diabetis..
kita awalkan tarikh bersalin ibu...6/12/12
terkejut seketika...tapi sgt gembira.
ok jom scan kejap..nak tgok baby masih sonsang lagi ke?
ok ibu...ni kepala baby ,ni pehe dia...berat baby 2.5 air ketuban pun ok...
jelas doktor tu yang cukup ramah dan baik hati...
baby pun dah berada di bawah..dan bersedia untuk kelahiran bila2 masa...
ALHAMDULLULILAH..
.t.kasih buat suami tersayang yang sentiasa buat solat hajat untuk kehamilan ini...
juga doa dari ummi dan mak..
semoga semua nya di permudahkan.


Tuesday 20 November 2012

hari ni ke hospital klang

21/11/12
bermakna lagi sebulan untuk kelahiran baru..
hari ni ada temu janji dengan doktor hospital klang.
bulan lepas kedudukan baby songsang jadi hari ni nak scan dan nak tengok kdudukan nya dah berubah atau masih selesa berada di tempat yang sama....
mohon doa dari semua agar semua selamat.
kak su akan teman aku kehospital ..
biasanya dia hospital klang memng penuh ..kalau dtg pukul 8 pagi ..kurang normal boleh balik 9 pagi hehehe...yang normalnya 1 tengahari...baru selesai.
ok lah nak siap2 dulu.

Monday 19 November 2012

coretan muktamar 2012

kali ni aku berkesempatan untuk hadir ke muktamar yang di adakan di putik kota baru kelantan.
kalau tahun lepas aku di pilih dan diarahkan untuk hadir.
rupanya lain natijah antara bila kita di arah untuk hadir,dengan hadir dengan kehendak hati sendiri...
"kehendak hati"memainkan peranan penting dalam satu2 perkara..bermula dari memksa diri ..dan akan timbul lah kehendak hatti...
paksa diri untuk berubah untuk jadi baik dan lebih baik..
paksa diri untuk perbanyakan amal soleh ..
paksa diri untuk perbaiki amalan solat..
paksa diri untuk bersedekah..
dari keterpaksaan akan timbul kebiasaan..
dan tingginya kehendak hati....
semuanya melalui proses MUJAHADAH..
mujahadah makna nya bersungguh2.
kenapa hadir ke muktamar kali ini?
banyak perkara yang perlu di pelajari..
banyak ilmu yang perlu di cedok..
banyak pimpinan2 dan ahli yang berpengelaman di sana....
banyak nasihat dan amanat yang di prolehi bagi memperbaiki tarbiyah diri...
BILA TIADA HARTA..
bila tiada harta inilah caranya...
perlu keluar membantu perjuangan islam..
kalau ada harta mungkin boleh sumbang harta...
dan kalau ada harta dan boleh sumbang tenaga ..itulah yang sebaiknya.
meramaikan satu program pun di kira satu jihad.
dengan kehadiran kita sedikit sebnayk memenuhkan ruang di muktamar tersebut..
sedikit sebanyak mngerunkan pihak musuh untuk pru13.
sedikit sebanyak melemahkan semangat umno barisan nasional.
sedikit sebanyak mereka kecut perut dan meroyan mendengar doa2 dari  orang2 alim.
semoga untuk tahun hadapan ...terus di pilih oleh ALLAH untuk mnghadiri ke muktamar...
sahaja aku hadir ke himpunan muktamar kerana ALLAH.

Saturday 10 November 2012

BISKUT MAZOLA RANGGUP....YUMMM..YUMMM

BISKUT MAZOLA UMMI'S
RANGUP SEDAP DAN MURAH
JUALAN YANG MENGUNTUNGKAN
PENGEDAR DI PERLUKAN.
HUBUNGI:0193789474

buat BSP...

hamil kali ni agak rumit sikit...
mungkin faktor umur..kot
bermula dari test minum air gula
AIR GULA
aku kene minum air gula selepas dua minggu buat buku merah buku kesihatan ibu mengandung di KK.
waktu tu masih dalam alahan ..masyaLLAH ..terpaksa menelan air gula yang pekat..sampai termuntah.
lepas dapat keputusan ... di sahkan kandungan gula dalam darah tinggi....
bermulah episod ulang alik ..kehospital untuk melihat kawalan diet harian ku.
BSP....
mula2 2 minggu skali
tapi sejak 34 minggu ni dah tiap2 minggu..
memandang gula dalam darah aku tak terkawal..hingga 9.aku diarahkan untuk mengambil insulin..
ok untuk bsp tu aku di arahkan berhenti makan malam pada jam 10 malam.
puasa sampai lah pagi ..pada jam 8 pagi ..ke klinik desa buat test.
selepas tu boleh makan ....sekadar sahajadan berhenti makan pada jam 9 pagi.
pada jam 10 pagi ke klinik lagi untuk penganbilan darah kali ke dua..seterusnya pada jam 2 petang ...dan last test pada jam 8 malam...bayangkan ulang alik....penatnya memang terasa.
ha ini lah BSP test.....

INSULIN..
alahai kene buat insulin..
setiap kali sebelum tidur 10 unit
dan waktu  pagi 7.30 -6 unit..
macammana caranya:
ok hospital dah  bekalkan pada kita pacagari ..
dan ubat insulin dan ianya selamat di gunakan.
setelah di tunjuk ajar oleh ahli farmasi ...
ku alhamdullilah berani mengunakannya.
ni lah insulin injection....<pinjamman je ni lepas bersalin kene pulangkan balik ke hospital klang>
DAN pagi ini...
aku keklinik..untuk buat bsp ..
yang sedihnya ..keputusannya mengecewakan...
6.3
di kira tak cantik....
aduh pen merah lagi.
sebenarnya aku tak buat insulin malam tadi .tu yang jadi macam ni...
makan malam tadi...pizza ,sup cendawan,sate....walah...walah ..memnglah tinggi gulanya.Hmmmmmmmmmmmm...

pilihanraya

10/11/12 dan 11/11/12
arahan untuk krusus pilihanraya..
alamak tak dapat nak pegi..
alasan kah?
nak capai sebuah kejayaan ,jangan suka beralasan.
tapi nak buat macammana ...keadaan waktu sarat2 begini ..perlukah aku menghadirinya...
buat surat mohon rehat seketika?
rehat..apa tu rehat?
rehat tu macammana?
bagi ku selagi belum keadaan diri darurat..perlukah berehat.
aku dah lah tak banyak pahala...harta pun tak ada ...jadi hanya ada kudrat yang ALLAH bagi pinjam...
peluk tubuh..dan hanya lihat sahabat2 bersusah payah ...untuk bantu perjuangan islam..
hanya lihat sahabat2 keluar rumah melaksanakan tugas2 pilihanraya..
hanya melihat sahabat2 mesyuarat hingga malam2...
WAJARKAH AKU?
mereka pun punya keluarga....

"assalamualaikum , kak..
w.salam..
(pagi 2 lagi dah dapat panggilan tel..)
"kak nak minta akk kluarkan arahan untuk gerak kerja pilihanraya...
bagi dun morib..dun ni macam banyak masaalah.saya cemburu sangat dengan gerak kerja dun sijangkang.:luah seorang petugas bagi dun morib..di pagi hari seawal 6.30"
dun sijangkang sama je..petugas amilin nya terhad ...
hanya mereka yang benar2 ikhlas sanggup membantu gerak kerja untuk sebuah kemenangan islam.
yang lain?
menanti untuk berada di sebuah kemenangan..
juga mereka ini sudah pun memang di pilih oleh ALLAH untuk sama membantu dalam meraih sebuah kemenangan dan perjuangan..
cuma usaha dan mujahadah bersungguh2 akan mnghasilkan sebuah kemenangan....
bagi aku ,aku tak risau sebab ni semua kerja ALLAH...ALLAH dah susun ...segalanya...
dun sijangkang perlu kerja kuat untuk kekalkan kemenangan.
dun morib kene gandakan usaha untuk capai kemenangan...
insyALLAh LEPAS MUKTAMAR  akan buat perjumpaan bg dun morib dan sijgkang.
semoga ALLAH memberi kekuatan untuk kita mencapai kemenangan di bumi MALAYSIA..
dan jatuh kan umno bn di pru 13.




pesan pada anak.....

 memandangkan anak2 baru meningkat remaja,dan tinggal di asrama
setiap kali jumpa anak2
pasti ayat yang sama aku ungkapkan....
*jangan buat dosa,masing2 dah ade buku amalan sendiri...
*pelajaran dan ilmu tu lah harta kalian...jgn main2 waktu bljar
* ilmu tu cahaya,cahaya tak akan masuk dlm hati yg kotor...jadi nk masuk kelas mesti ader rasa cinta kan ilmu dan bersihkan hati...dn paling penting hormat guru..
*hargai setiap barang yang kita dapat :saya selalu tanya ,kalau kita tak kerja boleh tak kita dapat walau sebatang mancis.
pesan..pesan dan terus pesan..



Friday 9 November 2012

SEBUAH PERKAHWINAN....

sedar tak sedar sudah 15 tahun melalui alam perkahwinan...
suka duka tetap aku lalui juga...
cuba berdiri untuk membina perkahwinan ini walau di uji dengan berbagai ujian...
aku bukanlah insan yang sempurna ..namun aku berusaha untuk menjadi yang sempurna...
orang yang paling kuat buat ku berdiri adalah suami..ku.
cuma kadang ada perasaan rendah diri yang membuat membuat aku tak layak berdiri di sampingnya...
terima kasih buat suamiku yang menerima aku seadaanya..
walaupun kebanyakan yang memandang yang aku tidak mempunyai apa2 kelebihan....
cukuplah ALLAH ...suami dan anak2.......

HARGAI DIRI SENDIRI..

SEBELUM ORANG  MENGHARGAI KITA ..
KITALAH YANG PATUT MENGHARGAI DIRI KITA....
SEBELUM ORANG MENGHORMATI DIRI KITA...
KITALAH YANG PATUT HORMATI DIRI KITA........
AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR
 BERMULA DARI DIRI ...DAN
IANYA SATU PENGHORMATAN DAN PENGHARGAAN BUAT DIRI KITA...
BILA KITA BUAT MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN BERMAKNA KITA TIDAK MENGHARGAI DIRI KITA SENDIRI...SEGALA PERKARA BURUK DAN SIKAP BURUK DI KIRA MAKSIAT...TERMASUK
LALAI DALAM SOLAT DAN MENINGGALKAN SOLAT...

MOOD tak berapa nak OK....

dari malam tadi tak sedap hati ..
hanya hati yang bercerita..
ummi pesan ...jangan biar syaitan yang mengarang perasaan kita...
tapi sukarnya lah...apakah perasaan ini sebenarya...
cemburu atau irihati?
usaha untuk senyum ..tapi
ianya amat sukar..
mungkin inilah akibat kita mennyintai makhluk lebih dari menyintai ALLAH...
ASTAGFIRULLAH HAL AZIM...
kembalikan lah rasa CINTA ini hanya kepadaMU..
dan biarlah cinta ini hadir ..adalah kerana dia juga mnyintaiMU..
mungkin juga keresahan ini isyarat yang aku jauh dari MU...
lalai dan alpa dalam melksanakan perintahmu..
maka hadirlah bisiskan-bisikan yang tidak menentu ..
juga keegoaan dalam mencari  redhaMU..
HATI ...
mujahadahlah dalam melembutkannya ..
zikrullah sentiasa...
moga hati kembali tenang dan bahagia..



perlu kah kita terbelenggu dengan KEKECEWAAN?

KECEWA..
haruskah kita kecewa dengan apa yang berlaku?
perlu kah kita meratapi setiap kekecewaan..
bagi ku ..
kekecewaan itu biarlah bersifat sementara ..
tidak berpanjangan ..
kerana ia akan melukakan hati kita sendiri..
menyesakan dada kita sendiri..
istigfarlah di saat kita mengadapi kekecewaan..
berwuduklah di saat kita melalui kekeliruan hati...
sesungguh nya terkadang DIA mngajar erti sesuatu hikmah
yang kita sendiri tidak ketahui akan kebahagiaan yang bakal menjelma
menggantikan kekecewaan dengan kebahagiaan..
bersabarlah wahai HATI yang sering di uji.
itu pentanda DIA sentiasa merindui mu ...melalui
UJIAN KEKECEWAAN......

SEPUPU.....&CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah telah pun mula..
:walid!,... haifa nak main dengan kak su lah
hefa nak main congkak ..ngan kak su..
HURiN HAIFA 
antara anak sedara /anak buah yang ke 3,iaitu anak adiku ,adik no 2
kami 6 beradik..anak nya baru sorang.yang kedua menanti walid dan umminya di syurga ALLAH
apabila anaknya yang keduadi sahkan meninggal di dalam kandungan ketika usianya lapan bulan di dalam perut,cerita iparku (ummi haifa)
babynya aktif sangat semasa awal kehamilan..tapi ketika masuk minggu yang ke 33 pergerakan baby kurang aktif,mungkin waktu tu dia dah x berapa sehat.semuanya telah tertulis atas ketentuan ALLAH.
DAN
insYAALLAH haifa akan dapat adik baru sekali lagi pada tahun hadapan ,ummi haifa di sahkan hamil dah sebulan...
KAK SU?
kaksu anakku yang di kira bongsu ,rupanya bongsu sementara sahaja...insyaALLAH..
kak su pun tak sabar menanti kedatangan adik baru pada 20/12 /12<tarikh DU ..yang doktor bagi>yang ALLAH Tetapkan WALLAHUALAM..tak sabar dah nak pushh hihii..MOGA di mudahkan segala urusan ALLAH lah MAHA pemudah urusan.