Saturday 15 December 2012

andai dapat di anugerahkan suami yang soleh .
..akan ku anugerahkan buat suamiku yang tercinta......
ya ALLAH kau peliharalah dia ...walau di mana dia berada ...permudahkan segala urusannya..berilah kesehatan buatnya....jadikanlah dia hamba yang sentiasa mentaati perintah mu.....


kek kukus buah...

kek buah kukus bahan2:
 1 ketul buttercup
 2 1/2 cwn tepung gandum
 3/4 tin susu pekat manis
1 sb baking tar-tar
1 kotak fruit mix
1 sb soda bikarbonat
 3/4 cwn air kosong
1 sb asin vanila
 2 biji limau sunquit

 cara2nya: campur butter, susu, fruit mix & air ke dlm periuk &masak sebentar atas api kecil shingga larut,tggu shingga suam. sediakn tepung y tlh dicampur dgn soda&tar-tar lalu di campur dgn campurn tadi. gaul shingga rata. campurkn jus limau (perahan sunquit), asin vanila. gaul shingga rata. masukn dalam loyang,sblm 2 lapik loyang dgn kertas minyak. smasa mgukus tutup acuan dgn kertas minyak@aluminium foil. kukus slama 3 jam.

kek coklat lembab...

 kek ini ...mudah dan cepat.....

1) Kek Coklat kukus Bahan2:
 1 cwn serbuk koko
1 1/4 cwn tepung gandum
1 cwn gula pasir
 1 sb soda bikarbonat
 3/4 cwn susu pekat manis
 1 sb barking powder
 1 cwn minyak masak
 3 biji telur
 1/2 cwn air

cara2nye: campur koko,gula, susu & minyak ke dlm periuk &masak sebentar atas api kecil shingga larut. tepung,soda & barking di ayak satu. telur dipukul kembang & dcampur dgn campuran koko tadi. gaul rata & campur tepung shingga sbati. masukn dalam loyang,sblm 2 lapik loyang dgn kertas minyak. smasa mgukus tutup acuan dgn kertas minyak@aluminium foil. kukus slama 1 jam.

Tuesday 4 December 2012

lagi satu hari....satu hari lagi....

tinggal lagi satu hari aku duk kat rumah.....
dan akan menghuni di asrama hospital klang....
risau ..campur nebes pun ader ...
kesian cik abang duk sorang2 sepanjang aku tak de nanti........
tapi ...aku tak nampak pun dia sedih ke ape....hmm
oranng laki2 memng tak tunjuk...
atau dia suka aku duk kat wat...tak baik betul .aku ni suka sngka y bukan2
"abg maafkan sy ...halalkan makan minum saya...sy banyak sangat dosa pada abg...
doakan sy dan bakal kelahiran baby baru kita selamat"
sebenarnya minggu lepas konon dah ke klinik swasta ...
di pusat bersalin BARAKAH....
subhanallah....bagusnyalah layanan dn muamalah doktor KHAIRIAH...
tapi setelah buat pemeriksaan...aku tak de rezeki untuk bersalin di situ...
nak tak nak...
ke hospital klang juga.....
INDUCED...?
ha ..a ..bersalin paksa...
sepatutnya kelahiran akan berlaku pada 20/12
tapi d sebabkan aku ader diabestis
nak tak nak ..kena diawalkan ...6/12
tapi tak pe lah ...
aku selalu optimis...
stiap yang berlaku ...pasti ada hikmahnya....
tapi ..kalau boleh tak nak le rasa sakit sangat....
hmm try2 google ..singgah2 blog 2 ..yang cerita ..mngenai..nak ilangkan rasa sakit waktu bersalin maka
jumpalah ini....
  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah (wekkk! tak sanggup saye)
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dah dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi, al fatihah & doa nabi yunus
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  • Amalkan baca surah Maryam
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  • Minum air selusuh (better suami yang bacakan)
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, jangan malas. P soping ke... hoho
  • Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. (mentang2 bendi tu berlendir... hihi)
  • Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. (Tapi kenapa dalam bilik air? kang tergelincir baru tahu... huhu)
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  • Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... hihi
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  • Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  • Baca surah Abasa ayat 20 
  • Baca surah An Nahl ayat 78
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  • Makan ketam masak lemak (wahhhh terbaik!!! hehehe)
  • Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due.... (air selusuh semulajadi? hihi)suami2 pun bantu2 lah sesame...tak kan isteri nak minta2 pulak,,,huhu.
apa   pun..ikhtiar...
mohon semua doakan...

Sunday 2 December 2012

WABIL WALIDAINI IHSANA....

kadang bila kita mengukur rezeki yang ALLAH berikan buat kita rasanya tidak mampu kita sebagai hamba untuk membalasnya ...apatah lagi dengan sikap kita yang selalu tak kenang dek untung...selalu alpa atas  perintah dan ketaatan kita kepada ALLAH...
walau pun kita lalai
tapi ALLAH tetap menurunkan rezeki buat hamba2nya..
namun sejauh mana kita yakin dengan rezeki ALLAH...
ALHAMDULLILAH...
kehiidupan ku tidak lah semewah org lain..tapi bg diri ini...
terasa terlalu banyak yang dah ALLAH bg buat aku ,suami dan anak2...
cuma ...dalam minggu ini fikiranku ..selalu di terjah ..dengan ungkapan..
"sejauh mana kebajikan yang dah aku buat untuk ibu bapa termasuklah ibu bapa mertua ku"
dalam berlegar2 persoalan ini bermain.....
tiba2 ..
dapat panggilan dari bapa mertua ku di kampung....
aku anggap ianya satu panggilan yang menguji aku atas soalan kebajikan terhadap ibu bapa...
ALLAH uji kita berbagai cara...
melihat kita ...mensyukuri nikmatnya....
permintaan bapa mertua ku agak tidak masuk akal...
tapi itulah namanya ujian...nak lihat ...sejauh mana kebajikan yang sanggup anak2 korbankan untuk ibu bapa.
permintaan nya ..:mohon suamiku buat pijaman ..untuk tmembeli kereta...
aku agak terdiam..pada mulanya...
dan  syaitan mula memainkan peranan....
:aku mula bersuara .:kitakan blum ada rumah ...
nanti  sy takut kita nak buat pinjaman untuk loan buat rumah tak dapat....
hati ku saat itu hampir kecewa.....sbb bapa ku mahu mngunakan nama suamiku untuk buat pinjaman.
masyaALLAH ....berjayanya mainan syaitan buat isteri..kepada ssng suami yang mmempunyai tanggungjawab yang tinggi...terhadap kedua ibu bapanya.....
astagfirullah....3x
ya allah kenapa dengan aku ni...bisik hati ini...
mana persolan kebajikan terhadap ibu bapa yang aku nak tunaikan??
bapa ku bukannya minta menggunakan wang ringgit kami...
dia cuma meminta mengunakan nama sahaja...
aku terfikir..
manusia bukan mudah nak minta tolong kecuali dia benar2 memerlukan pertolongan.....
skali lagi sy bersuara..
abg ..sy minta maaf ...bantulah abah nak buat pinjaman...
rumah kita tu ..biarlah ...nor yakin ada rezeki ALLAH ...nanti..
aku anggap apa yang berlaku semuanya ada hikmah..yang ALLAH nak bagi...
bg ku setiap sesuatu yang berlaku ..yang kita tak bersedia melaluinya..pasti ada ganjaran besar yang menanti...
kalau ikutkan bnyak mana ibu bapa habiskan duit untuk kita ...dalam membesarkan kita...
dan banyak mana kita balas jasa ibu bapa kita??
dia (bapa mertua ku) sekadar mahu mngunakan nama suami ku...bukannya duit kami...
masyallah jahilnya aku..dalam hndak mngukur sesuatu....
dan insyALLAH suami ku sedang berusaha utuk ..memenuhi permintaan ayahnya yang tercinta...
semoga ALLAH permudahkan urusan kami.......

TEGUR DIRI...


bila kita tebaca kata2 hikmah..
terdengar tazkirah ...
atau ada ayat2 teguran dan peringatan ..biarlah kita terus tertunduk merenung diri sendiri...
bukanya untuk org lain....
yang di kesalkan ramai yang suka mengukur dan menghukum kata nasihat untuk org lain ...dan melupakan kelemahan diri sendiri yang perlu di perbaik....
semoga kita boleh beruba "sebelum kita tertanya2 tentang diri org lain ...kita tanya diri kita ..dahulu..
insyaALLAH..akan nampak banyak kekurangan yang dapat kita perbaiki....